Search This Blog

Friday 28 October 2011

malu2 !!

# Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
Tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

# Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,
Tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.

# Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

# Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,
Tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali.

# Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
Tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

# Pelik ya.. kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,
Tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..

wallahua'lam...

T_T malunya pada DIA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.